KEM KECEMERLANGAN SPM

TARIKH : 2 - 4 OGOS 2018
TEMPAT : MPC, BANDAR BARU UDA 

Kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek sebaliknya semua pelajar hendaklah berusaha secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, pelajar perlu mengaplikasikan kemahiran belajar yang betul dan mempunyai motivasi serta keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan SPM. Program Kem Kecemerlangan SPM ini diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran teknik menjawab soalan peperiksaan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran terbesar dalam  kehidupan mereka sebagai pelajar iaitu  peperiksaan SPM.

Matlamat :       
Melahirkan individu yang bersikap positif dalam menghadapi cabaran hidup terutama  dalam   mengharungi peperiksaan.
                                                                   Melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia sebelum menghadapi peperiksaan.

Mempersiapkan diri dan meningkatkan keyakinan diri pelajar agar dapat  menjawab soalan     peperiksaan dengan cemerlang.

.
Objektif : 
Pada akhir program diharapkan  dapat   :
                                                          
 Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan pelajar khususnya berkaitan subjek kritikal seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral

 Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan pengurusan masa yang cekap. 

Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format.

 Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa.

 Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2018.

 Memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa ( pengurusan masa yang cekap ) untuk belajar lebih-lebih lagi dalam saat-saat yang genting ini.  Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM 2018.


 Sasaran:
98 orang  pelajar tingkatan 5 












Comments