Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap, Program Jom Ke Sekolah telah berjaya dilancarkan pada hari ini di Dataran SMKTDA .Dengan adanya program sebegini, warga sekolah dapat menyediakan saluran yang sesuai bagi menerima aduan dan menyelesaikan masalah berkaitan disiplin pelajar.
Turut hadir bagi membaca teks ucapan daripada Ketua Polis Negara PDRM dan seterusnya merasmikan majlis ialah Insp Zulkifli bin Abdullah selaku pegawai perhubungan awam sekolah(PPS) dan Pn Hjh Norita bt Ahmad Alwi daripada Unit Pengurusan Akademik di PPDJB.
Comments
Post a Comment