MAJLIS  JUNJUNGAN  KASIH, JUNJUNGAN  BUDI
HJ KAMALRUDIN BIN ALI

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SMKTDA
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2016


     Majlis meraikan persaraan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMKTDA, Tuan Haji Kamalrudin Bin Ali telah berlangsung pada 26 September 2016. Beliau telah menyumbang khidmat baktinya dalam bidang pendidikan selama lebih 36 tahun. Seluruh warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih sepanjang tempoh beliau berkhidmat di sekolah ini iaitu bermula dari tahun 2012 hingga 2016.

Warga sekolah juga mendoakan agar beliau sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT, serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa;
Budi yang baik jadi kenangan,
Budi tuan kami tak lupa.

Terima kasih.
JASAMU TETAP DIKENANG





Comments