Panitia Agama Islam telah menganjurkan
Kursus Pengurusan Jenazah khas untuk warga guru dan kakitangan TDA pada hari
Selasa bersamaan 26 September baru-baru ini bertempat di perkarangan Syarie’
Ilmi TDA dan telah dikendalikan oleh Ustazah Aishah bt Amin sebagai fasilitator
utama.
Kursus
ini telah diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara
terperinci kepada umat Islam tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika
berlaku kematian. Selain itu para peserta yang menyertai kursus ini berpeluang
menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pengurusan
jenazah, kematian dan lain-lain hal yang berkaitan.
Antara pengisian program ini termasuklah
latihan praktikal dan sesi soal jawab dimana para peserta telah melakukan
latihan praktikal penyediaan kain kapan , memandikan jenazah dan mengkafankan
jenazah.
Terima kasih dan kredit kepada pelajar sebagai model jenazah :Safik Akbar (4A1), Arif Aiman (4A1) dan Nurul Fara Syaheila(1A1)
Terima kasih dan kredit kepada pelajar sebagai model jenazah :Safik Akbar (4A1), Arif Aiman (4A1) dan Nurul Fara Syaheila(1A1)
kelengkapan dan alatan |
menguruskan jenazah |
langkah memandikan jenazah |
langkah menguruskan aturan kain kapan |
langkah mengapankan jenazah |
langkah sembahyang jenazah |
Comments
Post a Comment