PROGRAM GURU PENYAYANG
Penyayang bermaksud apabila seseorang melakukan perbuatan
atau perlakuan menyayangi, mengasihi serta sikap kepedulian (concern) terhadap
orang sekelilingnya.Pada 25 hb Ogos 2016, SMKTDA telah mengadakan program
bersama-sama meraikan sambutan hari lahir para pelajar dan guru-guru yang
menyambut hari kelahiran bermula bulan Mei hingga bulan Ogos anjuran Unit
Kaunseling dan Bimbingan.
Para pelajar
dan guru diraikan dengan sama-sama menyanyikan lagu dan ucapan hari lahir ,
acara memotong kek.SMKTDA sesungguhnya amat berterima kasih di atas sumbangan
kek harijadi daripada Pn Junita bt Abd Karim ,ibu kepada pelajar 2A2, Lailatul
Umairah .Semoga dimurahkan rezeki beliau.
Acara
diakhiri dengan penyerahan kad ucapan kepada semua yang diraikan dan sesi
bergambar sebagai kenang-kenangan.
Comments
Post a Comment