KARNIVAL HARI KOKURIKULUM, HARI KOPERASI, HARI KHIDMAT MASYARAKAT, HARI KEUSAHAWANAN, HARI GOTONG ROYONG

      
     Pada 20 Ogos 2016 lalu telah berlansungnya Karnival TDA yang terdiri daripada pelbagai aktiviti.Pengisian aktiviti tersebut antaranya sambutan Hari Kokurikulum, Hari Koperasi, Hari Khidmat Masyarakat , Hari Keusahawana dan Gotong Royong.Program bermula seawal 7 pagi dan berakhir sehingga 1 petang.

     Dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawab , bekerjasama, berusaha dan berbakti kembali kepada masyarakat.Pelbagai gerai jualan disediakan daripada pelbagai persatuan.Antaranya gerai jualan makanan, barang kraftangan, produk kesihatan, barangan keperluan bayi serta rumah hantu yang mendapat sambutan yang paling hangat daripada pelajar.

    Suatu kelainan telah dilakukan dimana warga TDA telah mengadakan satu program Kembara TDA di mana pelajar dan guru bersama-sama menunggang motosikal ke sekitar kejiranan Taman Damansara Aliff dan akhirnya membuat perhentian di Surau Taman Damansara Aliff bagi membuat kerja-kerja membersihkan kawasan sebagai salah satu sumbangan khidmat warga TDA kepada masyarakat setempat.

  Sebahagian pelajar lain pula diberikan tugasan melukis mural dan menanam pokok bunga bagi mencantikkan dan menceriakan kawasan sekolah.Secara keseluruhannya, sambutan pelajar malahan warga ibubapa amat memberansangkan daripada segi pengurusan dan bantuan bagi melancarkan program.

aktiviti mewarna daripada peserta pelajar pra sekolah yang dijemput

Pasukan Kembara TDA diketuai oleh Tn Hj Maalim


lukisan mural dan gerai jualan daripada pelajar


Comments